Sunday, September 19, 2010

Air Mata Nur Salina

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.
Setelah beberape lame mengangur, Fakar mendapat pekerjaan. Berdasarkan penjelasan majikannya, Fakar memahami tugasnya adalah menghantar barang - ubat-ubatan. Kehidupan mereka sekeluarga bertambah baik kerana gaji Fakar yang agak lumayan. Fakar kemudiannya menyuruh Salina berhenti dari bekerja dan menjaga anak-anak mereka.
Sementara itu, tabiat judi Fakar sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Fakar terpaksa membenarkan Leman meniduri isterinya kerana kalah teruk dalam perjudian. Sejak kejadian itu Salina sudah hilang kepercayaan pada Fakar.
Keesokan harinya Fakar mendapat tugasan baru untuk menghantar barang ke luar negara. Dia mahu Salina pergi bersamanya dan membantunya. Akan tetapi Salina sudah hilang percaya pada Fakar dan menyangka Fakar mahu menjual dirinya lagi. 
Fakar yang marah dengan sikap Salina mengugut mahu membunuh anak mereka. Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga Salina membunuh Fakar.