Hidup ini hanyalah sementara hanya pinjaman dari TUHAN . Ungkapan yang aku rasa sudah sebati dengan kita semua . Namun sejauh mana kita berpegang pada ungkapan ini?
Jadi boleh kukupas dari ungkapan tersebut segala yang ada dimuka bumi ini adalah pinjaman seperti harta benda, kebijaksanaan, pangkat dan darjat dan sebagainya . Dan aku kira orang-orang yang kita kasihi juga adalah pinjaman . Jadi mengapa kita harus pertikaikan pabila orang yang kita kasihi berlalu pergi?
Mungkin tempoh pinjaman kita sudah luput . Atau mungkin TUHAN tarik balik pinjamanNYA kerana DIA lihat kita tidak bersyukur, menghargai dan lalai dengan pinjamannya . Kerana memang sifat manusia tidak akan menghargai selagi tidak kehilangan . Jadi menarik balik pinjaman adalah pengajaran terbaik bagi manusia .
Namun adakah kita sedar yang TUHAN sedang mengajar kita . Dan aku akui aku juga akan goyah jika berada dalam situasi kehilangan . Dan memang aku pernah rasa kehilangan . Sakit . Pilu . Sunyi . Hingga kini aku fobia dengan kehilangan . Namun sebentar tadi aku terdetik untuk menulis apa yang selama ini kutakutkan . Orang kata menulis adalah salah satu saluran meluahkan perasaan . Dan mungkin selepas ini aku menjadi lebih tabah dan bersedia menghadapi kehilangan yang aku sedar akan berlaku cuma belum pasti masa dan ketikanya .
Hmmm ramai antara kita yang bilamana putus cinta ibarat putus harapan . Tidak boleh menerima bahawa kekasihnya telah berubah hati . Tidak boleh menerima perasan cinta yang dibaja sekian lama hilang begitu sahaja . Mengapa kita menidakkan hukum TUHAN ?
Tiada yang tetap melainkanNYA . Jika DIA bertitah maka jadilah apa yang dikehendakinya . Kita hanya mampu berdoa dan berusaha .
Tuhan pernah berfirman dalam ayat ke 286 di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Allah tidak
membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya”? Jadi mengapa kita perlu jadi tidak keruan dan menyerah kalah hanya disebabkan dengan kehilangan ?
Percayalah ada yang lebih baik menanti kita pada masa hadapan .