Wednesday, February 2, 2011

01.01.11



Never thought that my primary school classmate will be my “en tunang” :P

Wednesday, December 29, 2010

hanyut - faizal tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


:very nice song... i loike :)

Friday, November 26, 2010

coeur

broken
even it stop bleed
the scar will remain there
forever...

Saturday, November 13, 2010

5 bulan di Penang

esok cukup 5 bln aku ade kat penang ni, jauh dr sume kesayangans aku. yes i miss them so much. everyday when i woke up in the morning, akan kire brape hr lagi bole jumpe mereka semua. sometimes i wonder how my senior can tahan. hehe but diorg nye bf ade kat penang juga. so xde la teruk sgt.

senior aku kak sab ckp aku mmg kental gile ble mule2 dtg penang. xnangis, xmoody. haih tu kat luar je. dalam hati tuhan je tau. dh la dtg sebatang kara je kat penang ni. sume benda baru. but aku dh ckp kat diri sendir, i need to be strong. ade reason nape aku dtg sini :)

working with penang team is fun. aku ade senior yg best, kak sabrina n kak rachel. diorg dua2 pgl aku adik. hehehe. n now bf kak rachel pun pgl aku adik. mmg rase cm adik2. siyesly dua org ni la yg byk tolong aku. sbb mase start2 keje mane ade training. so blasah je la. kak sabrina n kak rachel la yg jd kamus n buku rujukan bergerak aku. dr keje smpi personal things aku pun diorg tolong. siyesly sgt baik. xkan lupe jasa korg smpi bile2.

currently aku menjaga 22 station di area perak, penang n kedah. aku suke keje aku sbb byk interact dgn org. hr2 blaja benda baru. n dealer2 aku sume very helpful. mcm2 perangai. mase mule2 aku jumpe diorg, sume cm pandang semacam. hehe mesti igt biar betul budak kecik ni nk jaga kte. yela diorg sume dh veteren. aku mule2 pun terfikir bole ke aku nk lead diorg ni. but so far ok la. but still byk kene blaja agi.

keje aku memerlukan aku byk move. station aku yg paling jauh dlm 1 1/2 jam drive. cm drive dr ipoh nk g kl je. very tiring la but still aku enjoy. aku bole handle penat tu lg. tp ble jiwa kacau sbb jauh dgn kesayangans haaa mmg la xbole blah. dh msk bln ke 3 aku dh goyah. sbb bukan senang aku nk manage ble nk blk ipoh jumpe family, ble nk blk s.alam jumpe abg syg. pastu kadang2 ade je activity menejut yg aku kene attend mase weekend. dh la ku jenis xsuke ble plan aku org kaco :P

haih... bru 5 bln. min aku kat sini dlm 3 yrs. lg 2yrs 7mths. n yes sometimes aku doubt decision aku pindah penang ni. hope boss aku yg baik hati bole pindahkan aku base kat ipoh cpt2 :P

and for now aku just pegang ape opah slalu pesan kat aku " Nurza, Allah tu maha adil. Dia xkan uji kite dengan benda yang kite xmampu nk tanggung. Nurza kene byk2 sabar. Nurza kan kuat :) ".

Saturday, October 23, 2010

opah

tetibe aku teringat kat opah~

sebulan sblm die meninggal die slalu ckp... "nurza jaga diri ek. nnti mak xde nurza kene pandai bwk diri" pastu aku ckp "mak nk pegi mane? mak xleh tinggal nurza. mak dah janji nk tgu nurza besar kan." pastu opah senyum je. 

"mak~ nk kokong." "nurza nk pg mane? "nk g mandi... mak mandikanlah~ nurza malas :P" "ish manje betul... nnti mak xde sape nk mandikan?" "sbb tu mak kene slalu ade dgn cheq :P"

hmm mak~ cheq rindu :((


Sunday, September 19, 2010

apekah!!!

hari ni aku xbrape sihat... so aku g clinic nk ambik ubat...


smpi clinic doc tanye aku skt ape.. aku ckp la skt tekak, selsema, skt peroot n maybe demam.


doc tanye agi... skt perot cmne? aku ckp kembong... pastu doc tanye agi... kembong tu memulas ke, pedih ke... aku jwb kembong angin... pastu die tanye lg.. yela angin tu senak ke memulas ke...


dalam hati aku apekah doc ni.. kalo kembong tu kembong la...perut msk angin... ade ke kembong memulas, kembong pedih, kembong senak....ish2...

Air Mata Nur Salina

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.
Setelah beberape lame mengangur, Fakar mendapat pekerjaan. Berdasarkan penjelasan majikannya, Fakar memahami tugasnya adalah menghantar barang - ubat-ubatan. Kehidupan mereka sekeluarga bertambah baik kerana gaji Fakar yang agak lumayan. Fakar kemudiannya menyuruh Salina berhenti dari bekerja dan menjaga anak-anak mereka.
Sementara itu, tabiat judi Fakar sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Fakar terpaksa membenarkan Leman meniduri isterinya kerana kalah teruk dalam perjudian. Sejak kejadian itu Salina sudah hilang kepercayaan pada Fakar.
Keesokan harinya Fakar mendapat tugasan baru untuk menghantar barang ke luar negara. Dia mahu Salina pergi bersamanya dan membantunya. Akan tetapi Salina sudah hilang percaya pada Fakar dan menyangka Fakar mahu menjual dirinya lagi. 
Fakar yang marah dengan sikap Salina mengugut mahu membunuh anak mereka. Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga Salina membunuh Fakar.